KUNJUNG HORMAT BSK JKSM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SARAWAK DAN PROGRAM NAZIRAN BSK SEKSYEN NEGERI SARAWAK

21 Mac 2023 | Bahagian Sokongan Keluarga ,Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan kunjungan hormat dan program naziran BSK Seksyen Negeri Sarawak ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Anjung Kiri Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Sarawak.

YAA Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran BSK JKSM yang diketuai oleh Puan Maria Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM berserta deligasi.

YAA Datu turut menekankan kepentingan usaha penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan Mut’ah demi kepentingan rakyat bagi memberi kemudahan kepada orang awam khususnya di Negeri Sarawak. Selanjutnya merencana sebarang cadangan program kerjasama yang boleh dirancang BSK JKSM dan BSK Seksyen Negeri Sarawak khususnya untuk memberi kefahaman dan pendedahan berkaitan fungsi dan peranan BSK kepada masyarakat.

Untuk makluman, objektif Naziran Pengoperasian BSK Seksyen Negeri Sarawak adalah untuk memperkukuhkan lagi sistem perkhidmatan pengurusan kepada pelanggan yang berurusan di BSK di samping berkongsi idea dan pandangan dalam kalangan para pegawai dan kakitangan.

Untuk rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah melantik 5 orang pegawai Syariah dan 3 orang penolong pegawai Syariah lantikan negeri yang ditempatkan di BSK Seksyen Negeri Sarawak di ibu pejabat JKSS di Bandar Kuching, Bahagian Miri dan Bahagian Sibu.

Turut hadir dalam kunjung hormat pada hari ini ialah Puan Izzah Hanani binti Suhaimi,Penolong Pengarah Kanan dan seluruh warga kerja BSK Seksyen Negeri Sarawak.

Last Updated on March 21, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024