KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)

28 JULAI 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima kunjung hormat dari Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di pejabat beliau jam 3.30 petang tadi.

YBhg. Dr. Zurina Abd. Hamid, Ketua Pengarah JPW mengetuai delegasi senarai enam (6) orang antaranya Puan Noorfaizah Asmuni, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan (PPWWP); Puan Siti Noraisyah Mohd Din, Penolong Pengarah PPWWP, Encik Isa bin Jasin, Pegawai Unit Komunikasi Korporat JPW, Cik Athirah Hanum Mohd Johari dan Encik Afif Hariz bin Mohd Helmi.

Hubungan kerjasama yang baik telah lama dipupuk dengan KPWKM sekaligus mencetuskan hubungan yang bermakna di antara JKSM dan JPW. Pada 2020, bermulanya hubungan kerjasama yang baik dengan pelaksanaan Online Legal Clinic (OLC) dan Online Pocket Talk. Siri ini diteruskan lagi pada tahun 2022 dan mendatang memandangkan manfaatnya yg besar kepada masyarakat terutamanya kaum wanita.

Selain itu, pelbagai kerjasama juga akan dijalin dengan program terdekatnya melibatkan Outreach Sulh: LELAKI QAWWAM yang akan diadakan pada 10 Ogos 2022 di Dewan Seroja, Putrajaya.

YAA Dato’ Setia Dr. mengalu-alukan dan meraikan sebarang sinergi kerjasama yang bakal dilaksanakan yang pastinya akan mengeratkan lagi hubungan antara JKSM dan JPW pada masa-masa akan datang.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Last Updated on July 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024