LAWATAN KE TAPAK PROJEK KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

26 April 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan meninjau tapak projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah.

Lawatan tersebut di buat sejurus YAA Dato Setia Dr. selesai mempengerusikan Sidang Rayuan Syariah di sana tengahari tadi dan ditemani oleh Dr. Jazilah binti Mohd Saad@Mat Saud, Pegawai Penyelidik YAA KP/KHS JKSM, Puan Rafidah binti Abdul Razak, Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Tuan Mohd Amir bin Arifin.

Kehadiran mereka telah di sambut pihak kontraktor, En Hasmi, yang telah memberikan taklimat ringkas tentang perkembangan terkini pembinaan kompleks berkenaan dan turut membawa mereka melawat ke kawasan sekitar projek bagi melihat kemajuan kerja-kerja penyiapan dalam dan luar kompleks.

YAA Dato’ Setia Dr. sangat berpuas hati dengan perkembangan terkini projek dan dimaklumkan bahawa bekalan elektrik akan disalurkan ke kompleks berkenaan pada akhir bulan ini.

Sama-sama kita doakan agar kompleks ini siap sepenuhnya dan dapat beroperasi pada masa yang ditetapkan demi menjamin keselesaan petugas mahkamah dan pelanggan mahkamah kelak.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in November 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 28, 2024 October 29, 2024 October 30, 2024 October 31, 2024 November 1, 2024 November 2, 2024 November 3, 2024
November 4, 2024 November 5, 2024 November 6, 2024 November 7, 2024 November 8, 2024 November 9, 2024 November 10, 2024
November 11, 2024 November 12, 2024 November 13, 2024 November 14, 2024 November 15, 2024 November 16, 2024 November 17, 2024
November 18, 2024 November 19, 2024 November 20, 2024 November 21, 2024 November 22, 2024 November 23, 2024 November 24, 2024
November 25, 2024 November 26, 2024 November 27, 2024 November 28, 2024 November 29, 2024 November 30, 2024 December 1, 2024