MAJLIS APRESIASI DAN PENYAMPAIAN SIJIL SULH-MEDIASI (USIM-JKSM) UNTUK UNTUK KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT)

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) untuk Untuk Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Ibrahim bin Lembut, JKSM pada 23 Januari 2024. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Prof. Dato’ Ts Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohd Rashidi Bin Bujai, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Prof. Dato’ Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YA hakim-Hakim Rayuan JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan KAGAT ATM dan Pensyarah-Pensyarah Kanan dari USIM.

Program/kursus kemahiran Sulh-Mediasi berdasarkan modul khas pensijilan profesional sulh-mediasi yang dibangunkan oleh USIM-JKSM adalah satu kerjasama kedua-dua institusi dan agensi kerajaan ini menjadi simbol sinergi berkesan dan berimpak tinggi dalam membantu membina kemahiran dan meningkatkan kompetensi pegawai kerajaan dan swasta dalam bidang penyelesaian pertikaian alternatif terutamanya sulh-mediasi. Ia juga mampu memperkasa masyarakat dalam penyelesaian konflik yang lebih bersifat menang-menang dan dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Program Pensijilan Profesional Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang dibangunkan dengan gabungan kepakaran dan kemahiran dari akademia dan institusi kehakiman Syariah yang menjadi perintis kepada pembangunan kompetensi dalam Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) terutamanya dalam konflik kekeluargaan Islam di Malaysia.

Penggemblengan dan inisiatif strategik USIM dan JKSM adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan keupayaan rakyat dengan ilmu dan kemahiran bagi membina masyarakat madani yang menghargai perdamaian. Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi anjuran USIM dan JKSM telah diadakan sebanyak 3 siri pada tahun 2022 dan 1 siri pada tahun 2023. Majlis penyampaian sijil pada hari ini meraikan seramai 30 peserta daripada Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan 3 orang ahli akademik yang telah berjaya menamatkan dan melalui proses penilaian Pensijilan Sulh-Mediasi.

Majlis ini juga turut diserikan dengan peluncuran Modul pensijilan profesional Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) . Modul Pensijilan Profesional Kemahiran Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) yang mengandungi nota syarahan, latihan, kuiz, 12 sesi simulasi (role-play), serta pelbagai aktiviti seperti Live Learning Point, Bahasa Hipnotik dan Kahoot! yang bertujuan memastikan peserta menguasai kemahiran menjalankan proses Sulh-Mediasi. Semoga melalui program sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai pengantara (Mediator) yang terlatih bagi membantu masyarakat menyelesaikan konflik.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏,π‘²π’†π’–π’“π’–π’”π’†π’•π’Šπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ήπ’†π’Œπ’π’…

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on January 23, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024