MISI BANTUAN PASCA BANJIR AGENSI DI BAWAH YB. MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

𝑱𝑢𝑯𝑢𝑹 |Skuad Bantuan Banjir Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ( KKS JKSM) hari ini turun padang ke Kota Tinggidalam Misi Bantuan Pasca Banjir Agensi di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal

Ehwal Agama).

Kota Tinggi yang dilanda banjir baru-baru ini telah menjejaskan beratus penduduk di sekitarnya.

Justeru, demi menyahut seruan YB Menteri Agama yang sentiasa cakna dengan keperitan rakyat, JKSM dan KKS JKSM bersama agensi-agensi agama lain telah mengagihkan bantuan kepada seramai 120 ketua isi rumah yang terjejas bertempat di Dewan

Serbaguna Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.

Sumbangan yang diagihkan berupa barangan keperluan peralatan pembersihan, Kit solat, Dry Food, hygiene kit, keperluan wanita dan juga

pakaian terpakai.

Selain JKSM, agensi-agensi agama yang turut terlibat dalam misi kali ini ialah MAIWP, Tabung Haji, YAPEIM,YADIM, Yayasan Waqaf Malaysia.

Bagi penyelarasan agensi-agensi di bawahJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) JKSM dan KKS JKSM dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pakaian terpakai.

Skuad JKSM diketuai oleh Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Turutbersama skuad JKSM ialah Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar (Exco Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM), Puan Hariani Mohamad (Setiausaha Kelab KKS JKSM) dan Puan Fariza Zulkipli (Pen.Setiausaha KKS JKSM).

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Fared bin HajiMohd Khalid Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor disusuli ucapanoleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Menteri Di Jabatan PerdanaMenteri (HEA) yang seterusnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Untuk rekod, misi bantuan kali ini dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terima kasih kepada warga JKSM yang telah menyumbang pakaian terpakai bagi meringankan bebanan masyarakat yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini.

𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃 π‘²π’†π’ƒπ’‚π’‹π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ίπ’–π’Œπ’‚π’ (𝑲𝑲𝑺)

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on January 24, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024