MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN DAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2024

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan program Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Tahun 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Ibrahim bin Lembut, JKSM pada 19 Januari 2024. Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie ini melibatkan semua warga JKSM seramai 180 orang di samping jemputan khusus para pegawai yang menerima Anugerah Pegawai Contoh (APeC) dari bahagian di ibu pejabat dan seksyen negeri.

Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang kebiasaannya diadakan pada awal tahun diadakan bertujuan untuk menyampaikan ucaptama YAA Dato’ Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang mengandungi amanat dan harapan beliau untuk dihayati dan dilaksanakan secara bersama oleh para warga kerja JKSM. Di samping itu, ianya merupakan platform untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para pegawai yang menunjukkan kecemerlangan dalam berkhidmat di JKSM menerusi penyampaian Anugerah Pegawai Contoh (APeC) bagi Suku Tahun Ketiga dan Keempat Tahun 2023 kepada pegawai dan kakitangan JKSM.

Di samping itu, di dalam majlis berkenaan turut diadakan Sesi Pelancaran Program Berimpak Tinggi JKSM Tahun 2024 dan Sesi Penyerahan Kod Etika dan Tatakelakuan Pegawai JKSM Tahun 2024 yang diselaras oleh Unit Integriti. Selain daripada itu, Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Sistem MyMesyuarat juga diadakan sebagai penghargaan kepada bahagian-bahagian yang telah melaksanakan penggunaan Sistem MyMesyuarat dalam pengurusan mesyuarat pada tahun 2023. Penggunaan Sistem MyMesyuarat yang diselaras oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), JKSM adalah merupakan satu inisiatif baru JKSM dalam memanfaatkan teknologi ke arah digitalisasi serta mengurangkan penggunaan kertas dalam penganjuran mesyuarat dan penyimpanan rekod.

Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada kali ini diurusetiakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM), JKSM bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.45 pagi.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘²π’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’• π‘·π’†π’π’ˆπ’–π’“π’–π’”π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ίπ’–π’Žπ’ƒπ’†π’“ π‘΄π’‚π’π’–π’”π’Šπ’‚

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on January 24, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024