KUNJUNGAN MAHABBAH KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH (JKSNS)

𝑲𝑢𝑻𝑨 𝑲𝑰𝑡𝑨𝑩𝑨𝑳𝑼 I Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan mahabbah ke atas YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie, Negeri Sabah dan warga kerja JKSNS.

.

YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga kerja JKSNS atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini dan atas komitmen yang tinggi ditunjukkan dalam pelbagai program dan aktiviti JKSM sepanjang tahun 2023 yang lalu.

.

Kunjungan ini dapat membincangkan perancangan kerja dan perkembangan terkini JKSNS, di samping bertukar-tukar pandangan dan idea-idea baharu dalam pentadbiran mahkamah selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan JKSNS.

.

Kunjungan ini diadakan bersempena lawatan rasmi YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Sabah bagi meninjau projek-projek pembangunan agensi-agensi Persekutuan di bawah JPM, khususnya projek pembangunan Mahkamah Syariah Papar.

.

Kunjungan ini berakhir dengan YAA Dato’ melihat operasi pentadbiran Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, meninjau ruang kerja warga, dewan-dewan bicara dan kaunter JKSNS.

.

Turut serta dalam kunjungan mahabbah ini Pengarah Bhg. Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM), Pendaftar JKSNS dan urus setia projek pembangunan JKSM dan JKSNS serta warga kerja JKSNS.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 π‘·π’†π’π’ˆπ’‚π’“π’‚π’‰ / 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 π‘―π’‚π’Œπ’Šπ’Ž π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’†

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on January 24, 2024

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024