ππππ | Menjunjung kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ini Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan βAdat Melayu Perak Penggal 2024-2025, Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak & Penyerahan Zakat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.
.
Turut hadir YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ke Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak tersebut bersama tiga orang panel YA Hakim Rayuan Syariah JKSM.
.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini telah memperkenan untuk
mengurniakan watikah pelantikan kepada YAA Dato’ sebagai panel Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak.
.
Baginda turut memperkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada YA Datuk Mohd Radzi Bin Abd Latif, YA Datoβ Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, YA Datoβ Abas Bin Nordin dan YA Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi sebagai panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah negeri Perak.
.
Seluruh warga kerja JKSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah ini kepada YAA Dato’ dan YA Puan Hajah. Semoga sentiasa mendapat bimbingan serta petunjuk daripada Allah SWT bagi merealisasikan slogan Syariah Asas Keadilan.
π·ππππππ π²ππππ π·πππππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ
Last Updated on January 24, 2024