KUNJUNGAN MAHABBAH KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH (JKSNS)

𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑲𝑰𝑵𝑨𝑩𝑨𝑳𝑼 I Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan mahabbah ke atas YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie, Negeri Sabah dan warga kerja JKSNS.

.

YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga kerja JKSNS atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini dan atas komitmen yang tinggi ditunjukkan dalam pelbagai program dan aktiviti JKSM sepanjang tahun 2023 yang lalu.

.

Kunjungan ini dapat membincangkan perancangan kerja dan perkembangan terkini JKSNS, di samping bertukar-tukar pandangan dan idea-idea baharu dalam pentadbiran mahkamah selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan JKSNS.

.

Kunjungan ini diadakan bersempena lawatan rasmi YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Sabah bagi meninjau projek-projek pembangunan agensi-agensi Persekutuan di bawah JPM, khususnya projek pembangunan Mahkamah Syariah Papar.

.

Kunjungan ini berakhir dengan YAA Dato’ melihat operasi pentadbiran Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, meninjau ruang kerja warga, dewan-dewan bicara dan kaunter JKSNS.

.

Turut serta dalam kunjungan mahabbah ini Pengarah Bhg. Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM), Pendaftar JKSNS dan urus setia projek pembangunan JKSM dan JKSNS serta warga kerja JKSNS.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 / 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒆

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on January 24, 2024

Kalendar JKSM

Events in May 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Pahang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak