MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA (MOU) ANTARA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

25 November 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama (MoU) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjalinkan persefahaman kerjasama mengenai pelaksanaan program latihan kemahiran istinbat hukum dalam penghakiman Syarie kepada Pegawai Syariah seluruh Malaysia.

Dengan termeterainya memorandum ini, pihak JKSM dan USIM akan berusaha untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam kerjasama ini untuk projek-projek dan aktiviti libat urus yang saling memberi manfaat kepada JKSM dan USIM, antara lain perkongsian berbentuk latihan dalam modul dan kurikulum berkenaan kemahiran istinbat hukum dalam penghakiman syarie melalui latihan sijil eksekutif, pertukaran staf untuk meningkatkan kemahiran istinbat hukum dalam penghakiman syarie, penerbitan, seminar dan wacana ilmiah, pengetahuan berkenaan integrasi ilmu Naqli (ilmu bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah) dan ilmu Aqli (ilmu bersumberkan olahan akal manusia) dan juga dalam mana-mana projek-projek lain yang akan dikenal pasti dan dipersetujui bersama dari semasa ke semasa.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd. Na’im Bin Hj. Mokhtar, Naib Canselor, USIM YBrs. Profesor Teknologis (Ts.) Dr. Sharifudin Mad Shaarani, Ketua Pendaftar, JKSM YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz dan Pendaftar, USIM YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali.

Last Updated on November 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024