MAJLIS PELANCARAN PELAN TRANSFORMASI DAN PERUBAHAN YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM)

KUALA LUMPURI YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain telah menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Dan Perubahan YaPEIM (NAJJAH) di Matrade Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur semalam.

.

Ucapan Aluan Majlis pelancaran NAJJAH telah disampaikan oleh YBhg. Datuk (Dr.) Mohd Razif bin Mohd Yunus selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM. Manakala majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Hj. Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

.

Transformasi Projek NAJJAH YaPEIM dibangunkan bertujuan bagi memperkasa struktur keseluruhan pengurusan Tabung Amanah, model operasi, pengurusan undang-undang dan kedudukan kewangan YaPEIM serta bertujuan mencipta nilai untuk berkhidmat agar memenuhi objektif teras penubuhan YaPEIM dalam pembangunan ekonomi Islam, pendidikan dan kebajikan sosial.

.

Sempena majlis pelancaran ini juga, YaPEIM turut memperkenalkan reruai produk-produk keluaran YaPEIM untuk manfaat masyarakat di negara ini.

.

Turut hadir ke majlis pelancaran ini YBhg Datuk TKSUK JPM, Ketua-ketua agensi Hal Ehwal Agama, ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, pihak-pihak yang berkepentingan, rakan-rakan strategik YaPEIM, para penyumbang, para penerima sumbangan (asnaf OKU, Muallaf dan fakir miskin) dan warga kerja YaPEIM.

Last Updated on December 5, 2023

Kalendar JKSM

Week of May 13th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024