MAJLIS PENUTUP DAN PENGURNIAAN HADIAH SEMPENA MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1444H/2022M

24 Oktober 2022 – Kuala Lumpur Convention Centre |YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) malam ini berkesempatan hadir ke Majlis Penutup Dan Pengurniaan Hadiah sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1444H/2022M bertempat di Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Majlis ini yang bermula jam 9.00 malam telah disempurnakan dengan upacara pengurniaan hadiah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong kepada Qari serta Qariah.

Qari dari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed telah dipilih sebagai juara MTHQA tahun ini dengan markah keseluruhan 93.33% , manakala juara bagi kategori Qariah pula disandang oleh peserta dari Malaysia iaitu Sofizah Binti Mousin dengan markah keseluruhan 89.66%.

“Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran” merupakan tema yang telah dipilih pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa tahun ini yang menjadi platform pengukuhan pembacaan semua ahli Qurra’ dalam menyampaikan dan mentadabbur ayat-ayat suci Al-Quran sekaligus membentuk wadah untuk memupuk ikatan silaturrahim, persefahaman dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat Keluarga Malaysia yang lebih progresif serta bersatu padu.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, YB Senator Datuk Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.

Last Updated on October 24, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024