MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MUSAADAH KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JKSM (KKS) SEMPENA RAMADAN AL MUBARAK 1443H

Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Musaadah KKS JKSM sempena Ramadan Al-Mubarak 1443H.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang juga merupakan penaung KKS JKSM telah sudi menyampaikan sumbangan kepada 52 orang penerima bantuan yang terdiri daripada kumpulan pelaksana JKSM.

Sumbangan yang diberikan adalah berupa barang-barang keperluan asas seperti minyak masak, gula, kordial dan lain-lain.

Majlis yang diadakan di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM ini turut disaksikan oleh Pengerusi KKS; YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM.

Semoga dengan sedikit sumbangan ini sedikit sebanyak boleh digunakan bagi keperluan harian dan kegunaan untuk menyambut lebaran Aidilfitri tidak lama lagi.

Usai majlis penyerahan musaadah tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. menyampaikan sumbangan iftar jamaie kepada semua warga JKSM.

Last Updated on April 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in Jun 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 29, 2023 Mei 30, 2023 Mei 31, 2023 Jun 1, 2023 Jun 2, 2023 Jun 3, 2023 Jun 4, 2023
Jun 5, 2023 Jun 6, 2023 Jun 7, 2023 Jun 8, 2023 Jun 9, 2023 Jun 10, 2023 Jun 11, 2023
Jun 12, 2023 Jun 13, 2023 Jun 14, 2023 Jun 15, 2023 Jun 16, 2023 Jun 17, 2023 Jun 18, 2023
Jun 19, 2023 Jun 20, 2023 Jun 21, 2023 Jun 22, 2023 Jun 23, 2023 Jun 24, 2023 Jun 25, 2023
Jun 26, 2023 Jun 27, 2023 Jun 28, 2023 Jun 29, 2023 Jun 30, 2023 Julai 1, 2023 Julai 2, 2023