MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LITERASI MADANI BERSAMA ORANG KURANG UPAYA (PENDENGARAN) TAHUN 2023

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj Mohd Amran bin Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim

Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mewakili YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan Program Literasi Madani bersama Orang Kurang Upaya (Pendengaran) Tahun 2023 yang berlangsung di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.

Teks ucapan juga telah dibacakan oleh YAA Dato’ Hj Mohd Amran bin Hj Mat Zain Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dalam ucapannya menyatakan bahawa Institusi kehakiman dan perundangan syariah adalah agensi yang memainkan peranan dalam menjayakan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al- Falah).

Sepertimana permohonan kes daripada orang awam, kes-kes Orang kurang Upaya (OKU) juga perlu diberikan perhatian yang saksama oleh pihak Mahkamah Syariah.

Menurutnya lagi, prosiding kes di Mahkamah Syariah adalah sama sekali tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana pihak untuk mengemukakan sebarang tuntutan atau pendakwaan sama ada dalam kes mal mahupun kes jenayah syariah. Selagi wujud asas tindakan undang-undang dan selagi pihak-pihak bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak mahkamah, kes akan diteruskan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Bagi merealisasikan tekad ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memastikan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Pendakwaan Syariah serta agensi berkaitan akan memberi fokus kepada usaha penambahbaikan segala polisi dan program bagi kemudahan komuniti OKU.

Dalam majlis ini juga, YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM menyerahkan sumbangan bantuan makanan kepada para peserta.

Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memberi manfaat kepada 300 orang peserta terdiri daripada kalangan komuniti pekak bisu dan ahli kelab Kebajikan dan Sukan JKSM yang terpilih.

Untuk rekod,Program Literasi Madani Bersama Orang Kurang Upaya (Pendengaran) Tahun 2023 julung kali diadakan dengan kerjasama strategik Bahagian Sokongan Keluarga JKSM dan Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP ), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MYASLI) dan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia ( PRISMA ).

Seramai 230 orang peserta dalam kalangan orang pekak telah hadir dari seluruh Malaysia. Penyertaan luar jangkaan ini jelas membuktikan Bahagian Sokongan Keluarga JKSM berusaha menjadi sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membina masyarakat Islam yang sejahtera dan harmoni.

Last Updated on October 30, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024