MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA MEMULIAKAN MESYUARAT MRR KE-262

KUALA LUMPUR I Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain telah menghadiri Majlis Santapan Malam yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262 di Istana Negara. Sementara itu, Mesyuarat MRR Ke-263 (Khas) diadakan pada hari Jumaat ini.

.

Turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam tersebut ialah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Permaisuri, Pemangku-pemangku Raja serta Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri-negeri bersama pasangan masing-masing.

.

Turut berangkat ke majlis santapan yang dihadiri kira-kira 500 tetamu jemputan itu ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Berangkat sama Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri manakala Speaker DUN Sarawak diiringi Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

.

Hadir sama pada majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri, timbalan menteri kabinet dan ketua-ketua perkhidmatan awam.

Last Updated on October 30, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024