BENGKEL PENGHAKIMAN JENAYAH SYARIAH BAGI HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON UTARA

BUKIT MERTAJAM| Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Bengkel Penghakiman Jenayah Syariah Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Utara bermula 24 Oktober 2023 hingga 26 Oktober 2023.

Seramai 26 peserta telah menghadiri bengkel ini yang dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Awang Armadajaya bin Awang Mahmud, Peguam Bela & Peguam Cara (Malaya).

Kumpulan sasaran peserta wajib bagi bengkel kali ini ialah Hakim Syarie MRS Zon Utara yang bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memantapkan kefahaman dan kemahiran peserta terhadap peruntukan Akta/Enakmen Tatacara Jenayah Syariah berkaitan tatacara perbicaraan dan pensabitan hukuman serta mempertingkat kemahiran peserta dalam penulisan teks penghakiman kes jenayah Syariah.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memberi pendedahan prinsip-prinsip baru penghakiman kes-kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dan memantapkan amalan prinsip menghormati keputusan mahkamah atasan dalam kes jenayah.

Bagi memastikan objektif bengkel ini tercapai, sesi bengkel selama tiga hari ini dilaksanakan melalui penyampaian secara teori, perbincangan kumpulan, pembentangan kumpulan dan sesi simulasi.

Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel ini berlangsung selama tiga hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada bengkel ini.

Last Updated on October 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024