PERSIDANGAN PERSONEL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT (PPICT) KALI KE-4 TAHUN 2023 JKSM

KUALA TERENGGANU| Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah berjaya menganjurkan Persidangan Personel Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT (PPICT) bagi tahun 2023 yang juga merupakan persidangan kali yang ke-4 dengan menghimpunkan warga ICT dari JKSM, JKSN dan MSN.

Bertemakan ”Pendigitalan Progresif Mengukuh Perkhidmatan kepada Rakyat”, BTMK giat mengatur dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan di mahkamah syariah seluruh negara, di samping merealisasikan matlamat pendigitalan perkhidmatan Jabatan.

Persidangan selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Persidangan ini diatur dengan pelbagai pengisian seperti Mesyuarat Personel ICT Tahun 2023, Sesi Pengukuhan Pasukan Kerja, Sesi Perkongsian Ilmu dan Makan Malam bersama warga persidangan dengan fokus merangkumi percambahan idea, perbincangan strategi dan analisa pelaksanaan tugasan, penyelesaian isu-isu operasi dan pentadbiran serta perkongsian ilmu dan pengalaman.

Sesi Perkongsian ilmu pada tahun ini telah sertai oleh pemain industri dari pelbagai lapangan ICT seperti cloud services, system development, server, storage, converge infrastructure dan artificial intelligent. Selain pendedahan terhadap solusi teknologi terkini, Persidangan ini juga memberi alternatif kepada warga ICT dalam membantu kakitangan di ibu pejabat mahupun di negeri.

Di samping berkemampuan menyegarkan minda dengan ilmu baharu, Persidangan ini juga merupakan platform kepada warga BTMK seluruh Malaysia merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain.

Persidangan ini melabuhkan tirainya pada 26 Oktober 2023 dengan kehadiran Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM yang berbesar hati merasmikan penutupan persidangan tersebut.

Last Updated on November 24, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024