PERASMIAN BENGKEL PENGUMPULAN PRINSIP UNDANG-UNDANG DALAM PENGHAKIMAN MAHKAMAH ATASAN SYARIAH SIRI 2

23 MAC 2022: Bahagian Pusat Sumber maklumat dan Penerbitan (BPSMP) JKSM telah menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Pengumpulan Prinsip Undang-undang Mahkamah Atasan Syariah Untuk Tujuan Penerbitan (PUUMAS Siri 2) bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi, Pahang.

Bengkel yang dijadualkan selama tiga hari ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YA Dato’ Mohamad Shakir bin Hj. Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM) sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syar’ie JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. terlebih dahulu merakamkan ucapan penghargaan kepada semua peserta bengkel dan berharap bengkel ini akan menjadi medan untuk cetusan idea dan sumbang saran bagi mewujudkan sebuah outcome yang mana prinsip ini bakal menjadi rujukan penting dalam sistem kehakiman Islam.

Tambah beliau, hala tuju bengkel ini bagi menghasilkan produk terbitan baharu JKSM yang bertujuan untuk mewujudkan sumber rujukan yang amat penting terutama kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah dalam membuat satu-satu keputusan atau pun penghakiman.

YAA Dato’ Setia Dr. turut berkesempatan mengucapkan tahniah kepada BPSMP yang memulakan inisiatif pengumpulan prinsip dalam penghakiman mahkamah atasan Syariah ini dan berharap agar penganjuran bengkel ini akan dilaksanakan secara berterusan terhadap semua alasan penghakiman Mahkamah Atasan Syariah.

Di akhir ucapan YAA Dato’ Setia Dr. sekali lagi berharap agar program pengumpulan prinsip perundangan Syariah ini mendapat sokongan dan dokongan semua pihak tanpa berbelah bahagi kerana ia adalah salah satu usaha murni dan sangat bermanfaat untuk mewujudkan bahan rujukan terpenting bagi menjamin kewibawaan keputusan kes di Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, bengkel ini dikendalikan oleh fasilitator yang dilantik oleh jabatan iaitu Tuan Mohd Zakian Bin Dio, YA Tuan Zulfikri bin Yasoa, Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz dan Tuan Mamat Haizan bin Salleh.

Last Updated on Mac 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022