PERASMIAN PROGRAM DISKUSI PEMAHAMAN DAN PENYELESAIAN KES HARTANAH STRATA & AKTA TANAH (KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK) 1960

RABU, 21 September 2022 – YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam komitmen berterusan beliau bagi menjayakan hasrat memperkasakan modal insan dalam kalangan Pegawai Syariah pada hari ini telah merasmikan program Diskusi Pemahaman dan Penyelesaian Kes Hartanah Strata dan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

.

Berucap di hadapan kira-kira 45 orang peserta program yang terdiri dari kalangan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri-Negeri, beliau menegaskan bahawa, isu-isu pemilikan hartanah strata dan tanah penempatan berkelompok semestinya menempiasi urusan transaksi kehartaan kelompok masyarakat Islam di Malaysia. Katanya lagi, hal tersebut pastinya menghadirkan kegusaran yang tidak bertempat lebih-lebih lagi apabila berlakunya perceraian, atau kematian, antara lain, yang membawa kepada pertikaian di bawah hal perkara perwarisan pusaka, harta sepencarian dan yang berkaitan.

.

Tegasnya lagi, pemahaman jitu berhubung dengan kedua-dua pemilikan hartanah jenis ini, perlulah dikuasai terlebih dahulu khususnya oleh pegawai-pegawai Syariah yang berperanan sebagai Hakim kerana menurutnya lagi segala terma dan istilah yang terkandung di dalam perintah melibatkan transaksi berkaitan tanah hendaklah tepat supaya perintah yang dikeluarkan dapat dilaksanakan.

.

“Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia melalui Bahagian Latihan, sentiasa bersikap proaktif merancang dan melaksanakan program latihan ikhtisas kepada semua pegawai syariah berkaitan dengan, antaranya, pendedahan berhubung dengan perundangan tanah yang juga terkait dengan hal perkara yang kebiasaannya menjadi pertikaian di dalam prosiding kes di Mahkamah Syariah” tambahnya.

.

Mengambil kesempatan bercakap di hadapan para peserta, YAA Dato’ Setia Dr mengulangi komitmen untuk memastikan keterlibatan semua pegawai Syariah sama ada dari Skim Gunasama mahupun bukan Gunasama dalam setiap program yang dianjurkan oleh JKSM.

.

YAA Dato’ Setia Dr pada akhirnya mengharapkan agar dampak pelaksanaan program ini terhadap peserta-peserta yang terlibat, terutamanya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang secara langsung terlibat dalam proses membuat keputusan, dapat sekurang-kurangnya memastikan bahawa kesan daripada keputusan yang dikeluarkan tersebut hendaklah dipastikan terhasil daripada penekunan yang bersungguh-sungguh daripada pemahaman yang lengkap berhubung dengan hak pemilikan hartanah strata dan tanah kawasan berkelompok.

Last Updated on September 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024