WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAFI’IYYAH (MUGHNI AL-MUHTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYARBINI SIRI 7 /2022

JUMAAT, 15 Julai 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Bahagian Latihan terus berkomitmen memberikan latihan dan meningkatkan ilmu serta kemahiran kepada Pegawai-pegawai Syariah seluruh Malaysia. Dalam konteks memberikan latihan dalam ruang lingkup kehakiman, latihan secara intensif berhubung dengan kemahiran memahami nas-nas kitab karangan ulama muktabar berkaitan fiqh adalah antara suatu perkara yang menjadi keutamaan.

Justeru yang demikian, program Webinar Intensif Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni al-Muhtaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 7/2022 anjuran Bahagian Latihan JKSM diteruskan lagi secara dalam talian bersama dengan penceramah Al-Fadhil Tuan Haji Yusof bin Mohamad Al-Hafiz dari Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan yang juga merupakan antara tenaga Pakar Turath JKSM kepada sasaran peserta yang terdiri dalam kalangan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia.

Daurah siri 7/2022 pada kali ini membahaskan Kitab al-Qada’ secara eksplisit dalam domain mujtahid dan syarat-syaratnya seperti keperluan mempunyai ilmu secara yang memadai berkaitan Al-Quran dan Sunnah berkaitan dengan hukum-hakam, kemahiran bahasa arab dalam konteks nahu, sorof, balaghah, mantik, adab (sastera arab), ma‘aniyy dan bayan, penguasaan tiang seri dalam amalan berijtihad iaitu ilmu usul al-fiqh, dan juga pemahaman ke atas prinsip-prinsip maqasid syariah dengan perbincangan diadun dalam konteks realiti masa kini.

Program Webinar Intensif Daurah Mukathafah Nusus Fiqhiyyah Syafi’iyyah (Mughni Muhtaj) Lil Imam Khatib Al-Syarbini Siri 7/2022 ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari. Untuk rekod, program Daurah pada tahun ini hanya berbaki tiga siri lagi iaitu Siri 8, 9, dan 10.

Last Updated on July 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023
April 3, 2023 April 4, 2023 April 5, 2023 April 6, 2023(1 event) April 7, 2023 April 8, 2023 April 9, 2023
April 10, 2023(1 event) April 11, 2023 April 12, 2023 April 13, 2023(2 events) April 14, 2023(1 event) April 15, 2023 April 16, 2023
April 17, 2023 April 18, 2023(2 events) April 19, 2023(1 event) April 20, 2023 April 21, 2023 April 22, 2023 April 23, 2023
April 24, 2023 April 25, 2023 April 26, 2023 April 27, 2023 April 28, 2023 April 29, 2023 April 30, 2023