WEBINAR PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM MEMPERKASAKAN INSTITUSI KELUARGA

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 I YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini dijemput untuk merasmikan webinar yang bertemakan peranan mahkamah Syariah dalam memperkasakan institusi keluarga yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Undang-undang Syariah Majlis Peguam bersama-sama Kluster Penyelidikan Fame, Jabatan Undang-undang Islam Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim dan Pusat Undang-undang Harun Hashim (HHLC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

.

Webinar yang diadakan secara atas talian melalui applikasi zoom bersama pakar-pakar perundangan negara ini menggariskan objektif khusus antaranya mewujudkan jaringan intelektual antara Majlis Peguam dan ahli akademik dalam isu-isu kepentingan bersama, membincangkan isu-isu perundangan Syariah yang kontemporari di Malaysia dengan menggabungkan input akademik dan industri agar selari dengan perubahan masa dan keadaan serta menjadikan hasil perbincangan/pembentangan sebagai rujukan kepada penggubalan dasar dan membuat penambahbaikan pemakaian undang-undang Syariah di Malaysia.

.

YAA Dato’ mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada pihak jawatankuasa dan semua pihak khususnya para pemebentang, yang terlibat secara langsung atas komitmen padu dalam menjayakan webinar pada hari ini.

.

Semoga webinar ini dapat menjadi medium perkongsian idea, bertukar-tukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwwah antara pihak industri, pengamal undang-undang dan ahli akademik ke arah memartabatkan institusi kekeluargaan di negara ini.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 / 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒆

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on January 24, 2024

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024 May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024 May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024