KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI II TAHUN 2022

16 Ogos 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua pengarah JKSM pagi ini telah dijemput sebagai penceramah dalam Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri II tahun 2022.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ini diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah melibatkan para peserta yang terdiri daripada Pendaftar-Pendaftar Nikah, Cerai, Dan Rujuk (PNCR) Wilayah Persekutuan dan Pegawai Agama Wilayah Persekutuan Labuan.

Sesi pada hari ini bermula dengan YAA Dato’ Setia Dr. menerangkan tentang seksyen 122 yang menyentuh perihal Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

Di samping itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut menjelaskan kepentingan untuk memahami konsep sebenarnya kedudukan kuasa dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam mendengar sesuatu kes, meliputi tempat pemastautinan bagi menentukan tempat serta daerah pendengaran kes, begitu juga dengan jenis-jenis kes samada di bawah kuasa Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah, supaya pihak-pihak dan pelanggan Mahkamah dapat dipandu dengan sebaiknya.

Untuk rekod, kelas bacaan Akta ini telah dijalankan selama lima (5) tahun bertujuan untuk memberi pendedahan khusus berhubung pemakaian akta 303 di mana setiap seksyen dikupas, dibahas dan diperincikan satu persatu bagi memastikan kefahaman semua peserta terhadap ilmu yang dipelajari mencapai tahap optimum.

Kelas bacaan yang berkonsepkan komunikasi interaktif dua hala ini berlangsung bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.

Last Updated on August 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024