KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303)

20 Julai 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua pengarah JKSM pagi ini telah dijemput sebagai penceramah dalam Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Cawangan Labuan ini diadakan secara dalam talian melibatkan para peserta yang terdiri daripada Pendaftar-Pendaftar Nikah, Cerai, Dan Rujuk (PNCR) Wilayah Persekutuan dan Pegawai Agama Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada hari ini, YAA Dato’ Setia Dr. menerangkan dengan mendalam seksyen 9 hingga 12 yang menyentuh tentang umur minimum untuk perkahwinan selain berkongsi SOP perkahwinan bawah umur yang dibangunkan oleh JKSM.

Di samping itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut mengingatkan tentang kepentingan memahami prinsip undang-undang syarak mengikut peraturan yang sebenar-benarnya sekaligus menjanjikan keadilan kepada semua masyarakat Islam.

Untuk rekod, kelas bacaan Akta ini telah dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan khusus berhubung pemakaian akta 303 di mana setiap seksyen dikupas, dibahas dan diperincikan satu persatu bagi memastikan kefahaman semua peserta terhadap ilmu yang dipelajari mencapai tahap optimum.

Kelas bacaan yang berkonsepkan komunikasi interaktif dua hala ini berlangsung bermula jam 9.15 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

Last Updated on July 20, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024