π²πΆπ»π¨ π²π°π΅π¨π©π¨π³πΌ I Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan mahabbah ke atas YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie, Negeri Sabah dan warga kerja JKSNS.
.
YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga kerja JKSNS atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini dan atas komitmen yang tinggi ditunjukkan dalam pelbagai program dan aktiviti JKSM sepanjang tahun 2023 yang lalu.
.
Kunjungan ini dapat membincangkan perancangan kerja dan perkembangan terkini JKSNS, di samping bertukar-tukar pandangan dan idea-idea baharu dalam pentadbiran mahkamah selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara JKSM dan JKSNS.
.
Kunjungan ini diadakan bersempena lawatan rasmi YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Sabah bagi meninjau projek-projek pembangunan agensi-agensi Persekutuan di bawah JPM, khususnya projek pembangunan Mahkamah Syariah Papar.
.
Kunjungan ini berakhir dengan YAA Dato’ melihat operasi pentadbiran Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, meninjau ruang kerja warga, dewan-dewan bicara dan kaunter JKSNS.
.
Turut serta dalam kunjungan mahabbah ini Pengarah Bhg. Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM), Pendaftar JKSNS dan urus setia projek pembangunan JKSM dan JKSNS serta warga kerja JKSNS.
π·ππππππ π²ππππ π·πππππππ / π²ππππ π―ππππ πΊπππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ
Last Updated on January 24, 2024