BENGKEL ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) AKADEMI SYARIAH MALAYSIA (AKSM) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2023

PUTRAJAYA| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Bengkel Enterprise Architecture (EA) Akademi Syariah Malaysia (AKSM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, JKSM pada 30 dan 31 Oktober 2023 yang lalu. Bengkel dirasmikan oleh Pengarah Kanan Kehakiman, Tuan Zakian bin Dio.

Program ini melibatkan seramai 47 orang pegawai dan kakitangan JKSM yang terdiri daripada Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua Unit, Pegawai-pegawai Bahagian Latihan dan Bahagian Teknologi Maklumat.

Bengkel ini telah dilaksanakan dengan bantuan dan khidmat nasihat Pasukan Perunding ICT MAMPU. Perunding ICT yang terlibat adalah Ts Dr. Siti Istianah binti Mahdzur, Pakar ICT dan Encik Hasrul Rizal bin Hassim, Ketua Penolong Pengarah.

Bengkel EA AKSM ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti dan memperkemas perkhidmatan yang akan disediakan oleh AKSM dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data, aplikasi dan teknologi yang akan digunakan serta memastikan pematuhan ke atas keselamatan dan tadbir urus Jabatan.

Sepanjang bengkel dua hari, peserta dibahagikan kepada 3 bahagian yang mewakili empat (4) domain atau arkitektur utama iaitu Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi. Sesi bengkel selama dua hari ini dilaksanakan melalui penyampaian secara teori, perbincangan kumpulan dan pembentangan kumpulan.

Bagi memastikan objektif bengkel ini tercapai dan sebelum setiap sesi perbincangan dan pembentangan diadakan, sesi taklimat “Enterprise Architecture dan Landscape Map Viewpoint (LMV)”, “Artifak Business Process Viewpoint (BPV), Application Usage Viewpoint (AUV) dan Technology Usage Viewpoint (TUV)” dan “Conceptual Data Model” telah disampaikan oleh wakil MAMPU.

Hasil daripada bengkel ini, peserta telah berjaya membangunkan LMV As Is dan To Be AKSM, Artifak BPV, AUV dan TUV AKSM dan Conceptual Data Model AKSM. Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel ini berlangsung selama dua hari.

Semoga dengan pelaksanaan dan outcome daripada bengkel ini, dapat membantu dalam memastikan hasrat penubuhan AKSM tercapai dan seterusnya menjadikan AKSM lebih berdaya tahan dan kekal berdaya saing dalam dunia yang sentiasa berubah.

Disediakan oleh:

Urus setia Bengkel EA AKSM JKSM,

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikai,

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Last Updated on November 3, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024